iookoki MATLAMAT ~ PANITIA SAINS

SMK MAMBAU JLN P. DICKSON 70300 SEREMBAN

SMK MAMBAU JLN P. DICKSON 70300 SEREMBAN

LAMAN BLOG PANITIA SAINS SMK MAMBAU

Monday, 23 May 2011

MATLAMAT


MATLAMAT




            Kurikulum Sains bertujuan untuk melahirkan murid yang mempunyai pengetahuan dan kemahiran dalam bidang Sains dan Teknologi dan  mampu mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran ini berlandaskan sikap saintifik dan nilai murni untuk membuat keputusan dan menyelesaikan masalah dalam harian.
            Justeru , murid mempunyai landasan sains dan teknologi untuk melanjutkan pelajaran di samping mengamalkan budaya sains dan teknologi kearah pembentukan masyarakat bersifat ikram, dinamik, progresif, bertanggungjawab terhadap alam sekeliling dan mengagumi penciptaan alam.









OBJEKTIF
           
Kurikulum Sains untuk sekolah menengah membolehkan murid:-
  1. Memperoleh pengetahuan sains dan teknologi dan dapat menghubungkaitkan pengetahuan ini dengan fenomena alam semulajadi dan pengalaman harian.
  2. Memahami pengetahuan sains yang berkaitan dengan perkembangan bidang sains dan teknologi, pengurusan alam semulajadi dan sumbernya.
  3. Menguasai  kemahiran berfikir dan kemahiran saintifik.
  4. Mengaplikasi pengetahuan dan kemahiran secara kritis dan kreatif berasaskan sikap saintifik dan nilai murni dalam penyelesaian masalah, membuat keputusan dan mengkonsepsikan.
  5. Menangani cabaran dalam dunia sains dan teknologi dan bersedia memberi sumbangan kepada perkembangan sains dan teknologi.
  6. Menilai maklumat berkenaan dengan sains dan teknologi secara bijak dan berkesan.
  7. Mengamalkan sikap saintifik dan nilai murni.
  8. Menyedari kepentingan saling hubungan antara hidupan dan pengurusan alam semulajadi untuk keberterusan hidup manusia yang sejagat.
  9. Menghargai sumbangan sains dan teknologi terhadap pembangunan Negara dan kesejahteraan manusia sejagat.
  10. Menyedari bahawa penemuan melalui penyelidikan sains adalah usaha manusia berasaskan kemampuan akal untuk memahami fenomena alam kearah mencapai kesejahteraan hidup manusia sejagat.


PENGENALAN


Panitia Sains telah ditubuhkan bagi meningkatkan pengetahuan dan kualiti pengajaran guru-guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Guru-guru yang berpengalaman boleh berkongsi pengalaman dan idea-idea baru dapat dicetuskan. Sehubungan dengan itu, tugas-tugas yang diamanahkan dapat dilaksanakan dengan lebih sistematik dan berkesan. Oleh itu, Panitia Sains diharapkan akan berjaya menghasilkan guru-guru yang cemerlang dari segi pengajaran dan pembelajaran kearah kecemerlangan prestasi murid dalam mata pelajaran sains.

No comments:

Post a Comment

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | JCPenney Coupons