Umat akhir zaman ini terlalu banyak cabaran dan dugaan yang terpaksa ditempuhi, lebih-lebih lagi sebagai seorang Islam dan dalam masa yang sama kita sebagai kalifah dimuka bumi ini yang ditugaskan untuk memakmurkan dunia ini. Oleh itu sepatutnya kita perlu berjihad untuk belajar AlQuran bukan sahaja setakat boleh membaca dengan tajwid dan tarannum yang baik tetapi faham dan beriman dengan kalimahNYA. Seperti yang tersebut dalam ayat 17 Surah AlQamar وَلَقَدۡ يَسَّرۡنَا ٱلۡقُرۡءَانَ لِلذِّكۡرِ فَهَلۡ مِن مُّدَّكِرٍ۬ "Dan demi sesungguhnya kami telah memudahkan AlQuran itu bagi peringatan maka siapakah orang-orang yang mengambil peringatan itu"
Ayat ini menunjukkan bahawa Allah berfirman bahawasanya sesiapa sahaja yang ikhlas dan kemahuannya yang tinggi untuk mempelajari AlQuran, Ia akan mempermudahkannya. Jadi tiada alasan bagi kita sebagai seorang Islam memberi alasan bahawa belajar Al Quran ini susah, sukar, tiada masa dan sebagainya.

No comments:
Post a Comment